Kelas Videography dan Content Creator
19 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini18 Oktober 2024,(Jumaat) –NADi Putrajaya telah memulakan sesi pembelajaran untuk modul yang ketiga yang bertajuk Videography & Content Creator. Seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada 2 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah menyertai kelas ini. Kelas dimulakan pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Kelas ini turut dibantu oleh staff dari NADi Presint 9 Fasa 10, NADi Presint 9 Fasa 3.
Sebelum kelas dimulakan, pelajar ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak dalam program Safe& Shield yang bertajuk Oversharing. Pelajar diterangkan mengenai apa itu Oversharing dan kesan-kesan oversharing kepada mangsa. Seterusnya Pengurus NADi Presint 18 memberi taklimat mengenai modul Videography. Modul ini terdiri daripada penerangan mengenai macam mana untuk menghasilkan video yang menarik untuk menarik minat para penonton terhadap video yang dihasilkan dengan menggunakan teknik hook (umpan), kualiti video, angle dan sebagainya.
Setelah penerangan diberikan, pelajar menubuhkan Kumpulan masing-masing dan mereka diberi Latihan dengan menghasilkan video mengikut teknik dan tips yang telah yang telah diterangkan bagi menilai kefahaman pelajar-pelajar dalam kelas kali ini.
Setelah itu, hasil video yang mereka hasilkan dalam Kumpulan itu akan ditayangkan dihadapan pelajar-pelajar lain bagi diberi penilaian oleh tenaga pengajar bagi meningkatkan lagi Kemahiran mereka dan penambahbaikan dalam penghasilan video mereka akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: